Friday, 6 November 2015

IBNU SINA

Fieza's  Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
- Karya dalam Perubatan
Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin yang menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai rujukan asas di universiti-universiti di Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, buku karangan Ibn Sina itu masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ia dijadikan rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di Frankfurt University, Germany, University of Paris, dan Oxford University.
Al- Qanun Fit-Tibb juga turut memuatkan perbincangan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar mengenai cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Di dalam buku tersebut terdapat gambar-gambar dan rajah-rajah yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang amat luas dan mendalam.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heartyang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit  dan cara untuk mengubatinya.
Pencapaian Dalam Bidang Perubatan
Penemuan penyakit baru dan puncanya
·         pengaruh kuman dalam penyakit
·         jangkitan virus seperti TB
·         Penyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

 Penemuan dalam bidang farmasi
·         menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit
·         menghasilkan ubat bius
·         membangunkan teknologi perubatan
·         mencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan
·         mencipta picagari


Perang Badar

Fieza's  1. Perang Badar

Perang Badar merupakan pertempuran kaum muslimin yang berjumlah 313 orang bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1000 lebih orang. Perang ini terjadi pada 624 M atau 17 Ramadhan 2 H. Nabi Muhammad S.A.W menggunakan teknik menunggu musuh iaitu tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan. Tentera dibahagikan kepada dua barisan iaitu barisan pertama dihadapan bersenjatakan tombak manakala barisan kedua bersenjatakan panah. Apabila, musuh menghampiri tentera islam, tentera Islam bertindak untuk menyerang balas. Peperangan ini amat bermakna kepada kaum muslimin kerana tentera islam berjaya menangani pihak musuh dengan pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.


Kebudayaan Dong Son

gendang Dong Son

gendang Dong Son
Fieza's  kebudayaan Dong son bermula pada pertengahan milenium kedua S.M. Kebudayaan Dong Son juga berkembang di lembah Song Hong, Vietnam. Kebudayaan Dongson merupakan satu kebudayaan yang ditemukan di Asia tenggara. Kebudayaan Dongson merupakan zaman yang dirujuk kepada penemuan artifak yang diperbuat daripada logam. kebudayaan Dongson merupakan salah satu kelompok yang terbesar melalui Zaman Logam. Nama Dong Son diambil bersempena nama sebuah Kampung iaitu Dong Son yang terletak di tebing sungai Song Ma dalam jajahan Than-Hoa di Utara Vietnam, lebih kurang 11 km di Timur Than-Hoa dan 160 Km Selatan Hanoi. Kebudayaan Dong Son merupakan zaman Perunggu yang berkembang di Lembah Song Hong, Vietnam. Kebudayaan ini juga berkembang di Asia Tenggara, termasuk di Nusantara dari sekitar 1000 sebelum Masihi.